Calon BN, PN, PH dan Bebas tiba di pusat penamaan Telok Mas

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TELOK MAS 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman tiba di pusat penamaan calon (PPC) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka DUN Telok Mas di Dewan Komuniti Desa (DDK) kemas pada jam 9 pagi.

Abdul Razak merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka yang dijangka ditentang calon Bersatu, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen,  calon Amanah dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan seorang calon Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohamad

MOHD Rafiq (tengah) tiba di pusat penaman calon Telok Mas

Terdahulu, Mohd Rafiq antara calon terawal yang tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) pada jam 8.48 pagi.

Disusuli, calon Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohamad berusia 32 tahun yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Ketibaan semua calon diiringi penyokong dan pencadang masing-masing.

PRN Melaka bukan sahaja mencatat sejarah apabila diadakan dalam norma baharu tetapi juga menjadi ‘ujian pertama’ buat kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak mula terbentuk pada Februari 2020 lalu.

PRN Melaka diadakan berikutan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka pada 4 Oktober lalu .

Ia melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan tiga ADUN lagi iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Kerajaan Melaka yang diterajui BN dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post Rauf, Mas Ermieyati tiba di pusat penamaan DUN Tanjung Bidara
Next post Sulaiman tiba di pusat penamaan DUN Lendu
Ubah saiz-+=