Sulaiman tiba di pusat penamaan DUN Lendu

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 8 Nov – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tiba di pusat penamaan calon di Kompleks Japerun Lendu pada jam 9 pagi tadi.

Ketibaannya di pintu masuk diiringi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum Sulaiman masuk ke perkarangan dewan bersama pencadang dan penyokongnya.

Terdahulu, beliau dilihat berjalan kaki sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon selepas bersarapan di bersarapan di sekitar Stesen Bas Masjid Tanah.

Sementara itu, pencabarnya, Mohd Asri Ibrahim mewakili Pakatan Harapan tiba di pusat penamaan pada jam 8.37 pagi.

Ia disusuli calon Bersatu dari Perikatan Nasional (PN), Abdullah Mahadi yang turut tiba bersama penyokong dan pencadangnya pada jam 8.45 pagi tadi.

Calon yang tiba diarahkan duduk sementara di luar pusat penamaan calon selepas menjalani pemeriksaan suhu dan pengesanan MySejahtera kemudiannya dibenarkan masuk tepat jam 9 pagi tadi.

Perkarangan pusat-pusat penamaan calon dihadiri sekumpulan wakil media pelbagai agensi mula ‘berkampung’ seawal jam 7 pagi tadi.

Cuaca cerah pada sebelah pagi dengan keadaan lalu lintas yang lancar berjaya dikawal anggota trafik dan menunjukkan tiada kesesakan berlaku di lokasi terletak di tepi jalan utama itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

609
Kongsi :
Previous post Calon BN, PN, PH dan Bebas tiba di pusat penamaan Telok Mas
Next post Empat calon tiba di pusat penamaan DUN Sungai Udang
Ubah saiz-+=