Ceritera Melaka akses mudah rakyat kenali Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 30 Sept. – Sebuah platform mudah akses Ceritera Melaka diperkenalkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai inisiatif bagi memelihara kebudayaan khazanah yang terdapat di negeri ini.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, platform yang diperkenalkan itu menyediakan pelbagai maklumat dengan mengumpul dan mendokumenkan kekayaan dan diversiti khazanah budaya Melaka agar dapat diakses secara mudah melalui telefon pintar.

Jelasnya, pengguna hanya menggunakan kaedah imbasan kod QR dan akan terus mengakses maklumat melalui penceritaan video, sesi temu bual berkaitan sesebuah lokasi bersejarah di negeri ini.

“Platfrom itu juga turut menyediakan lokasi GPS, ‘Street View’ dan juga ia dilengkapi dengan bahan terbitan jurnal, kajian serta sebagainya.

“Perkara ini perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memerlihara khazanah di negeri ini,” katanya kepada pemberita.

Menurut Zainal, pelancongan Melaka meningkat sejak tahun 2000 dan kerajaan negeri menyasarkan peningkatan 10 juta pelancong menjelang 2035.

Peningkatan saban tahun itu akan mendatangkan pemesatan sektor ekonomi di Melaka

“Perkara ini mendatangkan pelbagai peluang pada sektor pelancongan negeri namun ia juga memberi kesan kepada kesan sejarah seperti di lokasi Tapak Khazanah Dunia di negeri ini.

“Jadi platform inilah yang akan menyelamatkan khazanah yang ada dan kita menyeru orang ramai yang mempunyai simpanan koleksi gambar mahupun video lama berkaitan Melaka untuk terus menghantar ke platform ini.

“Perkara ini bagi bersama dalam mengumpulkan segala sejarah mahupun kesan yang tinggal di negeri ini untuk didokumenkan bagi tatapan bersama,” katanya.

Views:

527
Kongsi :
Previous post Calon SPM ponteng sekolah: KM rayu ibu bapa main peranan
Next post UTeM sumbang tenaga kerja mahir bidang digital
Ubah saiz-+=