Cermin gelap kesalahan jalan raya paling tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

KOTA LAKSAMANA 14 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 192 notis saman melibatkan kesalahan pemasangan cermin gelap dalam Operasi Bersepadu Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang diadakan di Jalan Syed Abdul Aziz di sini malam tadi.

Notis itu dikeluarkan dalam operasi yang bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir empat jam kemudian membabitkan 23 anggota JPJ; 15 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); 12 anggota Jabatan Imigreses (JIM) dan lapan anggota PDRM.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata penggunaan cermin gelap antara kesalahan teknikal paling tinggi dikesan selepas kesalahan lesen tamat tempoh dan cukai jalan yang merekodkan sebanyak 125 kesalahan dikesan.

Katanya, dalam operasi bersepadu selama empat jam yang berakhir 12.30 malam itu JPJ Melaka telah mengeluarkan sebanyak 361 saman terhadap 332 pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Px: ANGGOTA JPJ ketika menjalankan ujian cermin gelap pada kenderaan yang ditahan dalam Operasi Bersepadu HRAA di Jalan Syed Abdul Aziz malam tadi

“Sebanyak 920 kenderaan diperiksa dalam operasi yang membabitkan pelbagai agensi itu.

“Pada operasi malam ini kita memberi tumpuan bagi sembilan kesalanan utama yang sering dikesan menjadi punca kemalangan jalan raya.

“Sembilan kesalahan itu adalah tidak mematuhi isyarat lalu lintas; langgar lampu isyarat; pandu lebih had laju; guna telefon bimbit ketika memandu; pandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar; tidak memakai tali pinggang keledar; bawa lebih muatan dan bawa muatan merbahaya.

“Kita juga menyita dua motosikal dan sebuah kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu HRAA di Jalan Syed Abdul Aziz, disini malam tadi.

Px: UJIAN saringan air kencing dijalankan AADK dalam Operasi Bersepadu HRAA malam tadi

Mengulas lanjut katanya, seramai enam pemandu berusia antara 20 hingga 40 tahun dikesan positif dadah jenis metaphetamine dan ganja selepas ujian saringan air kencing dijalankan ke atas mereka.

Dalam pada itu, tiga warga asing dari Pakistan dan Bangladesh turut ditahan JIM Melaka selepas didapati menetap lebih masa di negara ini, pasport tamat tempoh dan menggunakan lesen dari negara asal mereka ketika operasi terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1688
Kongsi :
Previous post Sinergi kepakaran dan sumber
Next post Melaka kesan 14 ‘hotspot’ baharu banjir
Ubah saiz-+=