CIMIC CIPTA KENANGAN UNTUK KELUARGA, PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

SERI NEGERI KLEBANG 1 September – Cuaca panas tidak menghalang orang ramai khususnya ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil Military Cooperation – CIMIC) bagi menyaksikan sendiri aset serta kelengkapan ketenteraan.

Dengan lebih 19 pengisian termasuk pameran, demonstrasi ketangkasan, aktiviti interaktif, serta pelbagai aktiviti menarik lain ada ibu bapa sanggup hadir dua hari berturut-turut kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak melihat dengan lebih dekat aset pertahanan serta demonstrasti ketenteraan.

Pengunjung, Heng Kim Hai, 51, berkata, dia bersama dua anak dan seorang anak buah mengambil kesempatan mengunjungi karnival berkenaan bukan sahaja untuk merasai sendiri pengalaman melihat dengan lebih dekat malah pasukan tentera malah menghabiskan masa bersama keluarga.

“Ini hari kedua saya datang bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang dapat kami lakukan termasuk melihat demonstrasti ketenteraan.

“Pastinya anak-anak amat suka kerana ini pengalaman pertama mereka dapat menyaksikan dengan lebih dekat malah pengalaman ini juga membolehkan kami mencipta kenangan bersama.

“Nanti apabila mereka sudah besar boleh tengok semula gambar-gambar yang diambil dan ingat bapa mereka pernah bawa mereka melihat sendiri aset tentera,” katanya ketika ditemui di Dataran 1 Malaysia Klebang, hari ini.

IMG 20260831 WA0003
WONG Eddron bersama keluarga.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Wong Eddron, 39, berkata dia bersama isteri dan anak lelaki berusia tujuh tahun turut mengunjungi Karnival CIMIC selama dua hari berturut-turut.

“Kami bertiga sudah datang semalam dan hari ini sambung lagi kerana anak amat teruja melihat pasukan tentera,sebelum ini mungkin hanya tengok Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja tetapi di karnival ini turut ada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Apabila berpeluang melihat sendiri aset dan kelengkapan tentera yang selama ini hanya dilihat di televisyen itu yang membuatkan dia amat teruja serta minta untuk datang lagi,” katanya.

Katanya, penganjuran karnival seperti itu memang baik kerana dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, khususnya kanak-kanak.

“Program yang diadakan Kerajaan Negeri ini banyak impaknya selain rakyat dapat melihat sendiri peranan pasukan tentera ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta kepada tanah air.

“Saya berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

118
Kongsi :
Previous post WRUR TABOH NANING: ‘ACIK ZUL’ TURUN PADANG, SANTUNI 40 KELUARGA