EMPAT SEKELUARGA TERUJA REBUT ‘KEMASUKAN PERCUMA’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 1 September – Enggan melepaskan peluang menikmati kemasukan percuma ke produk pelancongan terkemuka, empat sekeluarga sanggup keluar seawal jam 8 pagi untuk ke lokasi pilihan sudah dirancang.

Pengunjung Tai Chin Kim, 62, dari Machap Umboo berkata, dia bersama isteri, anak dan kakaknya berasa teruja untuk mengambil peluang berkenaan selepas mengetahui mengenai tawaran kemasukan percuma yang diberikan Kerajaan Negeri menerusi hebahan di akhbar.

“Tahun lepas saya tidak tahu mengenai tawaran kemasukan percuma, jadi tahun ini saya memang tidak mahu lepaskan peluang.

“Seawal jam 8 pagi kami sudah keluar dari rumah kerana memang teruja untuk datang ke sini dan kami sepakat memilih Melaka River Cruise sebagai lokasi untuk dikunjungi sebelum ke Menara Taming Sari” katanya ketika ditemui di Jeti Muara Sungai Melaka, semalam.

Katanya, walaupun terpaksa beratur dan menunggu giliran keadaan itu tidak menjadi masalah kerana suasana sekitar lokasi berkenaan meriah dengan kehadiran orang ramai.

“Walaupun ramai orang dan perlu beratur, ia tidak menjadi masalah kerana peluang begini jarang ada.

“Menariknya, bukan sahaja orang Melaka yang datang, tetapi ramai juga pengunjung dari luar yang mengambil kesempatan untuk menikmati kemasukan percuma ini,” katanya.

Jelasnya, inisiatif Kerajaan Negeri ini amat bagus kerana memberi peluang kepada keluarga kurang berkemampuan untuk bercuti bersama keluarga ke lokasi pelancongan terkemuka.

“Peluang seperti ini sangat baik kerana orang ramai boleh membawa keluarga menikmati produk pelancongan di Melaka tanpa perlu memikirkan kos kemasukan.

“Terima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana amat prihatin terhadap rakyat selain sentiasa komited menaikkan sektor pelancongan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

162
Kongsi :
Previous post CIMIC CIPTA KENANGAN UNTUK KELUARGA, PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK