Cipta mesin lemang RM36,000 kerana tak menang tangan

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

BUKIT BERUANG 24 April – “Setiap tahun, memang lemang yang dimasak tak pernah cukup pada malam raya sebab tu tahun ni kami buat mesin lemang untuk kepuasan pelanggan,” kata Syamudin Salleh, 38.

Menurut peniaga lemang itu, proses mencipta mesin lemang itu dia memerlukan masa kajian dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bagi memastikan ianya betul-betul selamat dan berkesan.

“Saya terfikir idea ni selepas lihat pelanggan terpaksa menunggu lama dan beratur panjang untuk membeli lemang.

“Dengan modal sebanyak RM36,000 dan mendapat bantuan kawan-kawan jurutera membuat R&D selama dua tahun,  akhirnya mesin lemang ini dapat digunakan pada Aidilfitri kali ini.

“Penggunaan mesin ini membolehkan lemang 800 batang lemang berputar sendiri menggunakan butang kawalan pada satu-tau masa berbanding sebelum ini saya dan pekerja terpaksa memeriksa satu persatu lemang bagi memastikan ianya dimasak sempurna.

“Dengan adanya mesin ini, kami dapat menjimatkan tenaga kerja dan masa pembakaran  yang mana kaedah lama memerlukan tiga jam untuk membakar 400 lemang berbanding  800 lemang dalam tempoh satu jam setengah menggunakan mesin ini,” katanya ketika ditemui MHI.

SYAMUDIN (kanan) dan pembantunya, Badrul Syah,33, menunjukkan lemang yang siap dibakar.

Menurut Syamudin, apa yang menarik adalah mesin berkenaan boleh boleh disambung mengikut keluasan tapak perniagaan atau sehingga 30 meter (100 kaki) sekaligus membolehkan 4,000 lemang dibakar dalam tempoh sehari tujuh atau lapan jam.

“Dengan adanya mesin ini, sekurang-kurangnya tidaklah saya menyusahkan pelanggan yang terpaksa menunggu lama.

SYAMUDIN ketika membakar lemang bersama rakannya.

“Sejak lima tahun berniaga lemang di sini , Alhamdulillah rezeki kami tidak pernah putus, malah rata-rata pelanggan menyukainya,” katanya sambil menambah lemang dijual pada harga antara RM12 hingga RM20 sebatang mengikut saiz.

Bercerita mengenai bekalan buluh untuk membuat lemang,  Syamudin berkata,  dia akan mengambil stok buluh di Selangor dua minggu sekali bagi memastikan kualiti buluh  tahan lama dan tidak rosak.

“Stok buluh tidak boleh diamgil terlalu awal sebab jika ianya sudah bertukar menjadi warna kuning, buluh akan mudah merekah dan tidak boleh digunakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3764
Kongsi :
Previous post Ayob Khan pamer skil ‘padu’ tebar roti canai
Next post Serpihan KRI Nanggala 402 ditemui
Ubah saiz-+=