COVID-19: 418 sampel Pusat Koreksional Jasin masih menunggu keputusan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BUKIT KATIL 24 Dis. – Sebanyak 418 sampel saringan Pusat Koreksional Jasin masih menunggu keputusan dan dijangka diketahui hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua sampel itu melibatkan seramai 388 banduan dan 30 petugas di pusat tahanan terbabit.

Jelasnya, buat masa ini tidak ada sebarang kes jangkitan dari Pusat Koreksional Jasin menular dalam komuniti selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuatkuasakan bermula 22 Disember lalu.

“Daripada 123 kes di Pusat Koreksional Jasin yang dilaporkan semalam, sebanyak 83 kes berisiko rendah masih ditempatkan di dalam pusat tahanan itu serta telah diasingkan, manakala 40 yang mempunyai simptom dan bergejala telah ditempatkan di Hospital Melaka.

“Untuk makluman, sehingga kini kita masih menunggu keputusan ujian daripada 388 sampel saringan dalam kalangan banduan dan 30 sampel melibatkan petugas penjara. Kita jangka keputusan itu akan dikeluarkan hari ini.

“Boleh dikatakan keadaan masih terkawal selepas dikuatkuasakan PKPD kerana kini tiada lagi kemasukan banduan baharu di kawasan berkenaan selain petugas-petugas di pusat tahanan itu juga tidak dibenarkan keluar sekali gus mengelakkan wabak ini tersebar dalam komuniti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program pembudayaan Norma Baharu bersama Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Syarak Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al Azim yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

Dalam pada itu, Rahmad turut mengesahkan kes jangkitan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo kini semakin terkawal dan tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Views:

916
Kongsi :
Previous post Syor pinda SOP akad nikah di zon kuning – Rahmad
Next post Melaka galak masjid wujudkan tabung rezeki
Ubah saiz-+=