
COVID-19: Negeri Sembilan dan Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi semalam
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.
Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.
Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.
Dilapor semalam, sebanyak 2,998 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT DITEMBAK DI HADAPAN KEDAI CUCI KENDERAAN
NIBONG TEBAL 17 Januari - Seorang lelaki dipercayai pemilik premis mencuci kenderaan maut ditembak individu tidak dikenali di hadapan premis...
AMARAN RIBUT PETIR DI EMPAT NEGERI, KUALA LUMPUR HINGGA 9 MALAM INI
KUALA LUMPUR 17 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat...
PERSATUAN BELIA, NGO MELAKA DIGALAK MANFAAT DANA SEJATI MADANI SEHINGGA RM100,000
AYER KEROH 16 Januari - Persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini digalakkan untuk memanfaatkan dana Program...
LAPORAN KEHILANGAN NADIA KESUMA DIRUJUK KEPADA KONSULAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI
SEPANG 17 Januari (Bernama) -- Laporan kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dikatakan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul...
INOVASI PELAJAR UTEM CATAT KEJAYAAN DI NWPC 2026
DURIAN TUNGGAL 17 Januari - Bakat inovatif Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Low Qian Yu muncul juara 'National Womenpreneur Pitching...
MPHTJ TERUS GEMPUR PENIAGA WARGA ASING TANPA LESEN
AYER KEROH 17 Januari - Sebanyak 500 kompaun dikeluarkan dan pelbagai jenis barangan bernilai RM100,000 dirampas Majlis Perbandaran Hang Tuah...
