Sorting by

×

Cruise Paya Lebar beroperasi Disember ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER LIMAU 5 September – Perkhidmatan bot pelancong menerusi Cruise Paya Lebar bagi perjalanan menyelusuri Sungai Linggi dijangka beroperasi Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) akan menyediakan dua bot pelancong dan akan ditempatkan di Pusat Eko Pelancongan Paya Lebar bagi memudahkan akses perjalanan aktiviti pelancongan di sepanjang sungai itu.

“Perkhidmatan bot pelancong itu akan dijadikan sebagai pakej pelancongan baharu di kawasan ini dan kita akan pastikan ia akan beroperasi pada penghujung tahun ini.

“Perkara ini sekali gus sebagai persediaan kita bagi mempromosikan pusat ekopelancongan ini sebelum menjelang tahun hadapan bagi menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Lawatan Kerja Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri Melaka Ke Eko Pelancongan Sungai Linggi di Pusat Eko Pelancongan Paya Lebar, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tpr Saifuddin Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM), Datuk Tpr Murad Husin serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1790
Kongsi :
Previous post Tiga cedera terkena tembakan dalam bank
Next post FGV Holdings Berhad serah zakat perniagaan RM200,000 kepada MAIM
Ubah saiz-+=