Sorting by

×

‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pengunjung dan pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, antara tawaran istimewa adalah diskaun 10 peratus bagi pelayaran dengan Eco Cruise Sungai Linggi dan Eco Cruise Tasik Chinchin.

57f936e3 d86c 402a a3ae f47428def3d2

Jelas beliau, promosi itu sah bermula 23 Mei hingga 7 Jun, di mana pengunjung dapat menikmati pelayaran menarik di Sungai Linggi pada harga RM55 dewasa dan RM50 kanak-kanak berserta pakej sarapan, manakala bagi pakej makan tengah hari, harga istimewa yang ditawarkan adalah RM70 dewasa dan RM65 kanak-kanak.

 

“Bagi Eco Cruise Tasik Chinchin pula, pengunjung hanya perlu membayar RM13.50 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas hanya RM9.

A4228cf8 b78d 479f 8936 fef9b6781daf

“Selain itu bagi produk Melaka River Cruise di Sungai Melaka, pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran menarik berupa percuma dua air kelapa pandan dengan pembelian lima tiket (dua tiket dewasa dan tiga tiket lain-lain kategori),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

E684a704 e8fe 4e2e b039 ab5695779bfd

Selain itu, Shaharul Azuar memaklumkan, PPSPM turut menawarkan diskaun 10 peratus sepanjang tahun sempena bulan kelahiran bermula 23 Mei hingga 31 Disember depan.

9e02978c 01bb 4ca2 95ca d515b0978dfb

Jelas beliau, promosi itu diberikan kepada semua produk pelancongan di bawah PPSPM, kecuali Eco Cruise Sungai Linggi dan ia juga hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

“Selain itu, kita turut menyediakan promosi harga pelajar bagi produk Eco Cruise Sungai Linggi, di mana ia disyorkan bagi rombongan sekolah atau institusi pengajian tinggi.

“Bagi promosi yang turut merangkumi pakej makanan ini, setiap pelajar warganegara hanya perlu membayar RM50 bagi Silver Package dan RM65 untuk Golden Package, manakala bagi pelajar asing harga yang ditawarkan adalah RM60 bagi Silver Package dan RM75 untuk Golden Package,” katanya.

897ac10a fa1b 4be8 90e9 960d37134889

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH