Cukai vape boleh dilaksanakan selepas KKM teliti isu perundangan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Pencukaian ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong.

โ€œKKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).

โ€œJika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,โ€ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.

Menjawab soalan asal Wan Saifulruddin mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022).

โ€œNamun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun.

Beliau berkata kerajaan komited dalam mempertingkatkan lagi usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.

Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti transhipment (pemindahan kapal) rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena yang berstandard ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1380
Kongsi :
Previous post Organ diderma penghantar makanan beri sinar kepada tiga pesakit
Next post Kerja pembinaan berhampiran dipercayai punca keretakan struktur LRT Bandaraya
Ubah saiz-+=