D’Alai Gallery Walk SK Alai serlah potensi murid berkeperluan khas

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALAI 27 Julai – Kewujudan D’Alai Gallery Walk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menjadi medium penyebaran maklumat meningkatkan pemahaman berkaitan Program Pendidikan Inklusif (PPI) warga sekolah dan komuniti.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Alai Hafizan Hassin, galeri itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas (MBK).

“Kita menempatkan galeri ini di kawasan yang kondusif dan ceria yang mana ianya terletak di laluan utama sekolah dan pejabat pejabat pentadbiran.

“Sudah tentu lokasi ini mampu menarik minat warga sekolah, ibu bapa dan pelawat berkunjung serta mengakses maklumat berkaitan PPI selain memberi peluang kepada MBK ini untuk mengetengahkan bakat mereka.

“Objektif utama adalah memberi pendedahan kepada warga sekolah dan komuniti, meningkatkan kesedaran dan berkongsi maklumat, mempelajari amalan terbaik PPI dan mendapatkan maklumat melalui info interaktif sedia ada,” katanya kepada MHI.

Program tersebut diselaraskan oleh Guru PPKI SK Alai, Azlina Ahmad yang dirasmikan Guru Besar SK Alai, Mohammad Azmir Abu Hassan.

Hadir sama, GPK Pendidikan Khas Ahmad Zulkifli Manoh.

Sementara itu, Mohammad Azmer turut bersetuju dan menggalakkan lebih banyak lagi progran melibatkan MBK diadakan selaras dengan objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

“Program ini meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama murid di arus perdana.

“PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya kepada keupayaan mereka jika diberi peluang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2693
Kongsi :
Previous post Jom ke Karnival Riuh Nau! minggu depan, himpun penggiat industri kreatif
Next post Larangan Ahli Dewan Rakyat tukar parti pastikan kestabilan politik – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=