[DIKEMASKINI] Dapat Yamaha NVX jika jadi pengunjung ke-8 juta Menara Taming Sari

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 5 Mac – Pengunjung bertuah yang ke-8 juta berkunjung ke Menara Taming Sari (MTS) bakal memiliki sebuah motosikal Yamaha NVX.

EXCO Pelancongan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, program yang dilancarkan itu sempena sambutan pengoperasian MTS yang kini telah memasuki tahun ke-14 tahun operasi.

Katanya, sehingga kini mercu pelancongan di Banda Hilir itu telah berjaya menarik seramai 7.3 juta pelancong.

Beliau berkata, MTS sedang mencari pengunjung bertuah itu untuk menawarkan pelbagai hadiah lain termasuk telefon pintar, basikal lasak, tablet dan baucar percutian kepada pengunjung bertuah.

“Pengoperasian MTS sejak 2008 merupakan ikon pelancongan negeri yang wajib dikunjungi menerima sambutan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Program diadakan ini sekali gus mampu meningkatkan lagi kadar pengunjunh ke MTS sekali gus mempertingkatkan kemasukan pelancong ke Melaka dalam pasca COVID-19,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Program Pencarian Pengunjung Bertuah ke 8 Juta di Pekarangan Menara Taming Sari, di sini hari ini.

Hadir sama, EXCO Kerja Raya Negeri Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Belia dan Sukan Negeri V P Shanmugam.

Terdahulu, pada program sama yang diadakan itu, Konvoi Bermotor Semarak Pelancongan Melaka 2022 turut diadakan dilokasi sama bagi mempromosikan sub-sektor pelancongan sukan bermotor Melaka selaras dengan kebenaran rentas negeri yang telah bermula pada 11 Okt tahun lalu.

Konvoi kali ini melibatkan lebih 100 orang peserta dengan laluan sejauh 144 kilometer dan beberapa perhentian seperti di Hotel Seri Malaysia, Puteri Bay Hotel, Amanjena Resort, Freeport A’ Famosa Outlet dan A’Famosa Resort.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1828
Kongsi :
Previous post Melaka bakal jadi destinasi terunggul pelancongan dunia
Next post Melaka bakal wujudkan Rainbow Village tarik minat geng ‘bikers’
Ubah saiz-+=