Darah kepimpinan turun dari arwah ayah – Zulkiflee

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

TABOH NANING 12 Nov. – ‘Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi’, itulah yang boleh diumpamakan figura calon Barisan Nasional (BN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin.

Beliau mahu menjadikan ciri kepimpinan bapanya, Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani sebagai aspirasi untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada rakyat.

Darah kepimpinan dimiliki arwah bapanya menyelesaikan permasalahan masyarakat ketika menjadi Ketua Menteri ketujuh menjadi pembakar semangat kepada Zulkiflee untuk berjuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Zulkiflee yang merupakan anak ketiga dari sebelas adik beradik mula menjinakkan diri dalam pelbagai aktiviti kepimpinan dalam kemasyarakatan sejak berusia 20an.

“Yang pertama saya lihat kemesraan (dari bapa). Apabila kita ada kemesraan dengan masyarakat, apa sahaja masalah yang berlaku mudah untuk kita menyelesaikan mengikut saluran yang tertentu.

“Saya juga melihat bagaimana arwah ayah menyelesaikan apa sahaja permasalahan rakyat di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) waktu itu dan pendekatannya cukup mudah, mesra dan prihatin serta sentiasa mengambil tahu masalah-masalah di kawasan yang dijajahi.

Saya (pernah) mencuri-curi dengar dan nampak arwah ayah begitu fokus dengan masalah-masalah rakyat dan akhirnya ayah mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat pada waktu itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ZULKIFLEE (kanan) menyantuni warga emas di kawasan DUN Taboh Naning
Kredit foto: FB rasmi beliau

Mengulas lanjut, beliau berkata dirinya berpegang pada prinsip keprihatinan sebagai kunci memenangi hati masyarakat menjadi pedomannya dalam kepimpinan masyarakat di Taboh Naning.

Katanya, usaha menyelesaikan masalah rakyat dengan kadar segera perlu menjadi pedoman wakil rakyat dengan mencurahkan keprihatinan yang menjadi tiang dalam perjuangan itu.

“Saya mengambil satu pendekatan bahawa jalan yang terbaik sebenarnya mendekati masyarakat dan pengundi

“Wakil rakyat kena amek action, apapun kena menyelesaikan masalah-masalah rakyat dari segi pembangunan atau apa sekali pun,” ujarnya.

Zulkiflee yang merupakan anak jati Taboh Naning dilahirkan di Kampung Melekek luar akan berdepan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Beliau telah menyandang beberapa jawatan sejak 2001 seperti Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO, Ketua Pemuda Cawangan, Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan dan Timbalan Penyelaras UMNO DUN Taboh Naning.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

575
Kongsi :
Previous post Taboh Naning: Memperkasa kawasan pelancongan adat perpatih
Next post Agong kurnia ‘Tun’ kepada Malanjum, Raja Muhammad Alias
Ubah saiz-+=