Sorting by

×

DELEGASI ASEAN TERPESONA KEINDAHAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 September – Penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 di negeri ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu keselamatan, malah turut disulami pengalaman santai berteraskan sejarah, warisan dan budaya Melaka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua 350 perwakilan delegasi ASEAN memberi reaksi positif terhadap penganjuran AMMTC di Melaka.

Kata beliau, meskipun persidangan itu membincangkan isu berat seperti penipuan dalam talian, pemerdagangan manusia dan dadah, namun penganjuran di negeri ini turut mengambil pendekatan mengimbangi jadual dengan aktiviti luar berteraskan pelancongan.

“Kalau di dalam dewan kita membincangkan topik berat, tetapi di luar kita sulami dengan acara santai. Ternyata, Melaka adalah lokasi yang sangat tepat untuk penganjuran program bertaraf antarabangsa.

“Sebagai contoh, kita membawa mereka (delegasi ASEAN) menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka selama 40 minit.

“Ia satu pengalaman santai dan menarik, sekali gus memperkenalkan sejarah, tapak warisan UNESCO dan keunikan bandar ini kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Persembahan Kebudayaan Sempena AMMTC Ke-19 di Encore Melaka, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Saifuddin turut berkongsi bahawa maklum balas diterima daripada lebih 350 perwakilan yang hadir amat positif.

Tambahnya, ada di antara mereka sudah menyatakan minat untuk kembali melancong ke Melaka.

“Saya juga mengajak mereka untuk kembali melancong ke Melaka bersama keluarga mereka kerana negeri ini merupakan negeri selamat dan mesra pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

352
Kongsi :
Previous post ALUNAN SELAWAT ‘SUBURKAN’ BUMI MELAKA MALAM INI
Next post MELAKA BUKTIKAN REPUTASI NEGERI SELAMAT