
Dewan Negara bahas usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah petang ini
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata usul itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(3) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.
Katanya, bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu; bagi kepentingan orang ramai; dan berkehendak disegerakan perkara tersebut.
“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa dalam skop tertentunya, perkara ini adalah perkara tertentu. Kedua adakah ia merupakan kepentingan orang ramai? Benar, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Bukan sahaja di negeri Sabah tapi di tanah air Malaysia tercinta.
“Ketiga, adakah ia berkehendak kepada tindakan disegerakan? Benar perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut Peraturan 17(3). Usul ini akan dibahaskan petang ini pada 7 Sept di dalam dewan ini,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
