Seorang anggota bomba cedera ringan, jentera tangki air terbalik

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN: Sebuah jentera bomba yang sedang menjalani ujian pemanduan terbalik selepas terbabit kemalangan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Lipat Kajang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi ketika kenderaan berkenaan sedang melakukan ujian perjalanan jentera ‘water tanker’.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rahizam Ruzali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.56 pagi sebelum enam anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika kejadian pemandu dan penolong pemandu sedang menjalani ujian pemanduan jentera yang dijadualkan setiap Ahad.

“Kemalangan dipercayai berlaku sebaik jentera melalui persimpangan,” katanya ketika dihubungi.

JENTERA bomba yang sedang menjalani ujian pemanduan terbalik selepas terbabit kemalangan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Lipat Kajang, di sini, tengah hari tadi.

Menurut beliau, akibat daripada kemalangan itu penolong pemandu cedera ringan manakala pemandu tidak cedera.

“Pemandu jentera tiada kecederaan luaran dan berada dalam keadaan stabil namun atas nasihat doktor dia dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

“Manakala penolong pemandu hanya mengalami luka kecil di kepala dan masih dalam pemantauan doktor,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan punca sebenar berlakunya kejadian itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2002
Kongsi :
Previous post Perkhidmatan feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Next post COVID: Malaysia tidak mampu laksana ‘lockdown’ – Khairy
Ubah saiz-+=