
Dua kapal berlanggar di perairan Muar
JOHOR BAHRU 11 Julai – Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar, tengah malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat isyarat kecemasan dari kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
Sejurus menerima maklumat, pihaknya telah menggerakkan aset bagi mendapatkan gambaran kejadian.

“Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian, disyaki kapal MV Zephyr Lumos telah terlanggar kapal sisi kanan kapal MV Galapagos.
“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kru terlibat masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan dan Jabatan Alam Sekitar negeri Johor juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SHELTER MERLIMAU TANGANI ISU HAIWAN TERBIAR MELAKA
MERLIMAU 19 Jun - Shelter Merlimau iaitu pusat perlindungan haiwan berlesen pertama di Melaka diyakini mampu menangani pelbagai isu melibatkan...
TELOK MAS DAPAT PROJEK INFRASTRUKTUR LEBIH RM10 JUTA
TELOK MAS 19 Jun - Projek infrastruktur bernilai lebih RM10 juta bakal dinikmati rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DEMI TELOK MAS, 479 ASNAF DISANTUNI
TELOK MAS 19 Jun - Seramai 479 golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas disantuni dan diraikan pada...
STPM 2025: MELAKA CATAT PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
TELOK MAS 19 Jun – Melaka terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang pendidikan apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi...
WRUR TELOK MAS: MAIM TURUN PADANG, BAWA SINAR HARAPAN UNTUK ASNAF
TELOK MAS 19 Jun - Menyelami sendiri kesusahan dan keperluan rakyat terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri apabila seramai 10 penerima...
LTAM SEDIA TERIMA LEBIH BANYAK PENERBANGAN BAHARU – KM
KESIDANG 19 Jun - Kecekapan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam membuktikan kemudahan itu bersedia menerima pertambahan...

