
Dua maut, tiga cedera lori tanah rempuh tiga kenderaan di Pokok Sena
ALOR SETAR, 3 Dis — Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena, dekat sini, hari ini.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata kejadian kira-kira 9.55 pagi itu mengakibatkan Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28, yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian.
“Bomba menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada 9.59 pagi, seterusnya tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pokok Sena serta Kuala Nerang digegaskan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lori tanah 10 tan yang dipercayai terbabas sebelum merempuh Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Hilux,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat tiga mangsa tersepit di dalam Perodua Bezza dan Perodua Axia dan mereka berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
Menurut Ahmad Aminudin, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan.
Operasi berkenaan, katanya tamat sepenuhnya pada 12.07 tengah hari.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

