
Dua pelajar pondok yang hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas
KOTA BHARU, 17 Jun – Dua pelajar Pondok Terusan Limbat yang hilang ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, di sini, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata mayat Muhammad Zulhafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, dijumpai terapung dalam keadaan saling berpelukan pada 8.40 pagi, kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
“Kedua-dua mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan bermula pukul 8.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Muhammad Zulhafiz dan Luqman Hakim sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas selepas kedua-duanya dilihat kali terakhir mandi di sungai itu pada 6.45 petang semalam, sebelum tenggelam.
Kedua-duanya pergi ke sungai berkenaan bersama sembilan rakan lain dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian mereka adalah kira-kira 200 meter.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA 38 SKIM BANTUAN UNTUK MUALAF
KESIDANG 17 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengekalkan 38 skim bantuan mualaf bagi tahun 2026, membuktikan sistem sokongan...
‘MUFTI BERSAMA UMMAH’ IMARAH RAMADAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 17 Februari - Jabatan Mufti Negeri Melaka akan melaksanakan Program Mufti Bersama Ummah (MBU) di 12 masjid terpilih...
TUN DR. MOHD ALI HADIR CERAPAN HILAL RAMADAN
TANJUNG BIDARA 17 Februari - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
MASJID BAHARU CHENG PERDANA AKHIRI PENANTIAN 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 17 Februari - Selama 20 tahun, penduduk di kawasan Cheng menantikan terbinanya sebuah masjid baharu dan akhirnya impian...
KENDERAAN BERAT DILARANG MASUK BANDAR MELAKA SELAMA 4 HARI
BANDARAYA MELAKA 17 Februari - Semua kenderaan berat dilarang memasuki kawasan Bandar Melaka selama empat hari bersempena cuti perayaan Tahun...
KLEBANG LOKASI RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA 2026
MACHAP JAYA 17 Februari - Persembahan tradisional bertemakan tahun kuda bakal menjadi tarikan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...
