
Dua pelajar pondok yang hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas
KOTA BHARU, 17 Jun – Dua pelajar Pondok Terusan Limbat yang hilang ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, di sini, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata mayat Muhammad Zulhafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, dijumpai terapung dalam keadaan saling berpelukan pada 8.40 pagi, kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.
“Kedua-dua mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 minit selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan bermula pukul 8.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Muhammad Zulhafiz dan Luqman Hakim sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas selepas kedua-duanya dilihat kali terakhir mandi di sungai itu pada 6.45 petang semalam, sebelum tenggelam.
Kedua-duanya pergi ke sungai berkenaan bersama sembilan rakan lain dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian mereka adalah kira-kira 200 meter.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAK PERLU ROMBAK KABINET, LEBIH BAIK BUBAR PARLIMEN – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan tiada keperluan untuk Kerajaan...
BN MAHU TERUSKAN MOMENTUM PEMBANGUNAN MELAKA
DUYONG 10 November - Prestasi ekonomi negeri yang semakin positif di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab...
PRN MELAKA: UNDI AWAL SELESAI, SEMUA 31 PUSAT MENGUNDI DITUTUP
MELAKA, 10 Nov - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing...
UMNO SEDIA DEDAH BUTIRAN KUTIPAN DANA RM50 JUTA KEPADA PIHAK BERWAJIB – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - UMNO bersedia memberikan penjelasan serta mendedahkan maklumat terperinci berhubung kutipan dana RM50 juta menerusi tabung...
TPM CADANG 10,250 JAWATAN TETAP UNTUK PEGAWAI, KAKITANGAN KEMAS
PANTAI KUNDOR 10 November - Cadangan mewujudkan 10,250 jawatan tetap bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini dalam...
PRN MELAKA: TOK JEZ DIKENALI SUKA BANTU PENDUDUK
SUNGAI RAMBAI 10 November - Calon Barisan Nasional (BN) N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambat amat dikenali penduduk kawasan...
