Sorting by

×

‘Duduk rumah jika tiada keperluan’

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

AYER KEROH 4 Sept – Biarpun gembira dan menyambut baik pengumuman Melaka beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kebanyakan penduduk negeri ini, akur ‘perang’ menentang pandemik COVID-19 belum berakhir.

Menerusi tinjauan Melaka Hari Ini, di sebalik keghairahan untuk memanfaatkan beberapa kelonggaran diberikan bagi negeri Fasa 2 PPN, orang ramai peka mengenai ancaman virus pembunuh itu.

Bagi guru praktikal, Nur Umi Umairah Mohd Noor,22, beliau memilih berada di rumah jika tiada keperluan mendesak.

“Alhamdulillah Melaka telah beralih kepada Fasa 2 hari ini.

“Bila dah beralih ke fasa 2, rakyat sedia maklum bahawa terdapat sedikit kelonggaran seperti makan di kedai dan sebagainya.

“Namun, saya tiada perancangan untuk keluar ke mana-mana jika tiada keperluan, ini kerana wabak COVID-19 masih aktif di sekitar kita.

“Semuanya bergantung kepada penjagaan dan tanggungjawab masing-masing, kita jangan gembira sangat dan alpa untuk menjaga diri,” katanya.

 

NUR Izzat.

Anggota tentera, Nur Izzat Mohd Nor, 27, pula berkata, biarpun sudah beralih kepada fasa baharu, namun dia perlu berwaspada kerana tidak mahu mengambil risiko.

“Perancangan untuk keluar jalan-jalan bawa keluarga tu memang ada, tapi sentiasa waspada dengan keadaan pendemik sekarang dan jangan ambil mudah dengan kelonggaran yang diberikan.

“Memang syukur diberikan kelonggaran tapi saya masih takut untuk melakukan aktiviti sosial harian dalam tempoh ini,” katanya.

AHMAD Zakwan

Ahmad Zakwan Azman yang juga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pula, meminta rakyat negeri ini supaya tidak leka dengan kelonggaran diberikan itu hingga mengabaikan kesihatan.

“Sejujurnya saya amat gembira negeri Melaka telah beralih ke fasa 2, diharap semua masyarakat tidak leka dengan kelonggaran diberikan kerajaan ini.

“Kita perlu beringat bahawa wabak COVID-19 ini ada di mana-mana tanpa kita nampak, jadi jagalah SOP.

“Kepada pengusaha sektor pelancongan, sentiasa lah amalkan proses sanitasi apabila pelancong memasuki premis mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

592
Kongsi :
Previous post ‘Dah jumpa Myvi hanyut’
Next post JAIM benarkan kehadiran 500 jemaah di Masjid bermula esok
Ubah saiz-+=