DUN Rim pertembungan tiga penjuru

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 8 Nov- Proses penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, proses yang dijalankan di Dewan Majlis Perbandaran Jasin Lipat Kajang, selesai setengah jam lebih awal daripada waktu ditetapkan, iaitu kira-kira jam 9.25 pagi.

Borang pencalonan pertama diserahkan calon BN, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau dikenali sebagai Dira kira-kira jam 9.10 pagi, diikuti calon daripada Perikatan Nasional (PN), Azalina Abd Rahman 9.07 dan calon Pakatan Harapan (PH), Prasanth Kumar jam 9.11 pagi.

Tiada pencalonan daripada wakil Bebas diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penyerahan ketiga-tiga borang berkenaan sekali gus menyaksikan DUN Rim bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dira adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta Prasanth pula Ketua Pemuda PKR Melaka adalah calon yang pertama kali menyertai pilihan raya.

Sementara Azalina yang juga Setiausaha Srikandi BERSATU pernah bertanding di DUN Sungai Rambai pada Pilihan Raya Umum lalu, namun kalah kepada Datuk Hasan Abd Rahman.

Pengurus Pilihan Raya DUN Rim, Ahmad Khairul Nazli Abu Ishak, memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak pada proses berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1123
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: Empat penjuru di Sungai Udang
Next post Sah, enam penjuru di Asahan
Ubah saiz-+=