Elak rasuah: PPSPM tingkat integriti kakitangan

Masa Membaca:2 Minit, 19 Saat

Oleh AZHAR YUSOF

BANDARAYA MELAKA : Usaha membanteras rasuah bukan tugas esklusif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata sebaliknya amanah yang perlu dijalankan oleh semua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka, (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, PPSPM tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana kakitangan yang melakukan sebarang salah laku rasuah, penyelewengan, salah laku guna kuasa dan salah laku integriti tanpa mengira peringkat dan jawatan.

“Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan dalam kalangan warga kerja PPSPM.

“Sehubungan itu, PPSPM dengan bantuan SPRM dan juga kerjasama Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka beriltizam kuat dan mahu membina budaya anti-rasuah di PPSPM bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam,” katanya.

WARGAKERJA PPSPM serta hadirin bersama-sama melaungkan sorakan ‘Kami Tolak Rasuah’.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Tolak Rasuah yang diadakan di Dataran Pengkalan Rama, River Information Centre (RIC) di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah SPRM Melaka, Ahmad Faizul Abdul Rashid; Penguasa Kanan,
Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Norhafizah Othman; Ketua Pegawai Operasi PPSPM, Abdul Wahab Ibrahim, Pegawai-pegawai kanan SPRM Melaka, para pegawai serta kakitangan PPSPM.

Jelas Murad lagi, beliau amat menyokong penuh program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan ini yang mana ianya merupakan salah satu dari inisiatif kerajaan dalam membudayakan program-program integriti.

“Pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab di Perbadanan ini.

“Justeru itu, saya mewajibkan seluruh warga PPSPM untuk bersama-sama melaksanakan IBR, dengan cara ini, saya dan setiap anggota PPSPM secara tidak langsung menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab dalam menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Dengan melaksanakan IBR ini juga merupakan jaminan dan penzahiran kepimpinan PPSPM kepada warganya dan pelanggan PPSPM untuk mencegah dan membanteras jenayah rasuah,” ujarnya.

MURAD (kiri) menerima akujanji IBR yang disampaikan Masri sambil disaksikan hadirin.

Beliau memberitahu, PPSPM menyambut baik inisiatif ini, kakitangan yang melafazkan IBR ini akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah sepanjang mereka berkhidmat di sini.

Sehubungan itu, Murad amat mengalu-alukan warga PPSPM melaporkan terus kepada SPRM sekiranya melihat atau mempunyai bukti-bukti berhubung salah guna kuasa atau sebarang bentuk jenayah rasuah, Saluran aduan whistleblowing secara atas talian boleh dicapai di platform laman sesawang PPSPM DI www.ppspm.gov.my atau email : [email protected]

Sempena majlis tersebut, PPSPM turut melancarkan Polisi Hadiah, Polisi Pemberi Maklumat dan Polisi Percanggahan Kepentingan yang bertujuan menjadi garis panduan kepada pegawai dan kakitangan PPSPM di samping menutup ruang dan peluang melakukan rasuah.

Views:

1054
Kongsi :
Previous post In the shadow of Magellan
Next post Lebih 30 ‘penyu karah’ menunggu pelancong di Pengkalan Balak
Ubah saiz-+=