Empat anggota polis direman bantu siasatan dakwaan bekalkan bahan terlarang

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 22 Jun – Empat anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membekal bahan terlarang kepada tahanan lokap dalam kejadian tiga tahun lalu.

Perintah reman anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 35 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM bewarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 9.30 pagi.

Kesemua empat suspek ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad, mengesahkan penahanan reman kesemua anggota polis berkenaan.

Difahamkan, mereka dipercayai terbabit membawa masuk bekalan terlarang termasuk dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan di lokap mereka bertugas dengan menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 dalam kejadian pada 2019 hingga 2020.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

769
Kongsi :
Previous post Jabatan Kesihatan siasat kes kematian bayi baru lahir di Likas
Next post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Khamis, 22 Jun 2022
Ubah saiz-+=