
EMPAT TERMASUK SEORANG DATUK SERI DIREMAN BANTU SIASATAN TUNTUTAN PALSU
Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.
Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu telah ditahan antara 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
“Siasatan awal mendapati kesemua individu itu dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.
“Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA SEDIA INSENTIF KHAS BANTU OKU BELI RUMAH PERTAMA
SERI NEGERI 5 Disember - Kerajaan Negeri membangunkan Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Pengurusan tanah berbentuk insentif khas kepada golongan...
PMKS MELAKA BERALIH KEPADA DIGITAL – EXCO
SERI NEGERI 5 Disember – Pelbagai program kendalian SME Corporation Malaysia (SME Corp) melancarkan dan mempercepatkan lagi usaha transformasi Perusahaan...
RM500,000 RANCAKKAN PELABURAN DI MELAKA
SERI NEGERI 5 Disember - Sejumlah RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi merancakkan lagi pelaburan di Melaka pada tahun depan. Ketua...
5,924 PMKS MELAKA TERIMA MANFAAT PEMBANGUNAN USAHAWAN
SERI NEGERI 5 Disember - Sebanyak 5,924 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Melaka menerima manfaat pelbagai inisiatif pembangunan...
MELAKA MAHU SEDIA JENGKAUT MINI SETIAP DUN, PERMUDAH URUSAN GALI KUBUR
SERI NEGERI 5 Disember - Bagi memudahkan urusan menggali kubur atau penyediaan liang lahad, Kerajaan Negeri bercadang untuk membeli jengkaut...
MELAKA WAJIBKAN TAG HAIWAN TERNAKAN BERMULA 2026
SERI NEGERI 5 Disember - Haiwan-haiwan ternakan di negeri ini diwajibkan untuk dipasang tagging bermula 2026, kata Exco Kemajuan Desa,...


