
Enam lelaki ditahan berkaitan kemuka penyata akaun bank syarikat palsu
ALOR SETAR, 25 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di negeri ini pada 2019.
Menurut sumber SPRM, kesemua mereka yang berusia 38 hingga 49 tahun dan merupakan pengarah serta pemilik syarikat ditahan di negeri ini dan Kuala Lumpur, semalam.
“Seorang daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah manakala lima lagi ditahan di SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara 10.28 pagi hingga 5.24 petang,” kata sumber itu.
Kesemua mereka dipercayai menggunakan penyata akaun banyak syarikat yang palsu dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Sumber itu memaklumkan SPRM mengambil tindakan dengan merekodkan percakapan mereka selain saksi terlibat serta mendapatkan dokumen yang relevan dalam kes itu.
“Kesemuanya akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin,” menurut sumber itu.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,000 IMARAH PAYA RUMPUT BERSELAWAT
PAYA RUMPUT 13 Februari - Hampir 1,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memenuhi perkarangan Stadium Hang Jebat,...
MELAKA SIAPKAN LIMA JALAN BAHARU SEPANJANG TIGA TAHUN UNTUK KESELESAAN RAKYAT
RIM 13 Februari – Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan lebih lima projek jalan baharu dalam tempoh tiga tahun khususnya melibatkan laluan...
JALAN BAHARU JIMATKAN MASA PEMANDUAN, RANCAKKAN EKONOMI SETEMPAT
RIM 13 Februari – Pembukaan jalan baharu sepanjang 3.45 kilometer dari Persimpangan Rim ke Persimpangan Kampung Ulu Jasin bukan sahaja...
PENIAGA DIINGATKAN SUPAYA PATUH SHMMP
ALOR GAJAH 13 Februari - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang dikesan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum...
ADUAN RAKYAT PAYA RUMPUT DIKATEGORIKAN IKUT KEUTAMAAN – RAIS
PAYA RUMPUT 13 Februari – Semua aduan yang diterima pada Hari Aduan Rakyat akan dikategorikan mengikut keutamaan dan tempoh pelaksanaan...
SERONOK LAYAN RAGAM GAJAH BETINA ZOO MELAKA
AYER KEROH 13 Februari - Ada yang manja, ada yang degil tidak kurang ada juga yang kuat sentap. Itu antara...
