Sorting by

×

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mendiang Suppiah Ramalingam

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jurulatih olahraga atlet olimpik Malaysia, Suppiah Ramalingam yang meninggal dunia pada Ahad lepas.

Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi hari ini menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian Suppiah serta berharap keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan olahraga negara,” menurut hantaran itu.

Berasal dari Perak, Suppiah semasa hayatnya pernah membimbing tiga atlet olahraga negara sehingga berjaya beraksi di Sukan Olimpik antaranya ratu balapan negara M. Rajamani pada Sukan Olimpik Tokyo 1964.

Selain bidang kejurulatihan, Suppiah merupakan seorang atlet olahraga yang banyak memenangi pertandingan di Perak semasa zaman kegemilangannya.

Media melaporkan Suppiah, 94, meninggal dunia di Ipoh, Perak akibat strok.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1103
Kongsi :
Previous post Enam lelaki ditahan berkaitan kemuka penyata akaun bank syarikat palsu
Next post Rumah terbuka eratkan komuniti Taman Bukit Rambai
Ubah saiz-+=