Rumah terbuka eratkan komuniti Taman Bukit Rambai

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KLEBANG 25 Mei – Penganjuran rumah terbuka menjadi medium terbaik menyatukan komuniti di taman perumahan.

Ia dibuktikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Rambai, di sini, yang berjaya menghimpunkan lebih 300 penduduk taman perumahan itu dalam satu majlis serba meriah, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KRT Taman Bukit Rambai Ahmad Nor Iman Shawal penganjuran majlis iti ternyata mencapai objektif utamanya untuk menyatukan masyarakat serta memupuk semangat kejiranan.

Malah, katanya, ia turut meningkatkan integrasi kaum apabila majlis yang diadakan di Dataran SRS KRT Taman Bukit Rambai itu turut dihadiri masyarakat dalam pelbagai lapisan umur, agama dan kaum.

“Selepas lebih dua tahun suasana Aidilfitri agak suram, sambutan yang diterima kali ini cukup meriah dengan pelbagai pengisian program turut diisi bersama anggota komuniti.

“Menariknya majlis kali ini turut memperkenalkan jamuan makanan berkonsep gerai seperti Gerai Nasi Ayam SRS, Gerai Rendang PraNita dan Gerai Bihun Sup Jiran Muda.

“Malah turut diadakan pertandingan dekorasi gerai terbaik dan pertandingan pakaian lelaki serta wanita terbaik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

RUMAH terbuka menjadi medan mengeratkan penduduk Taman Bukit Rambai.

Majlis yang diadakan itu turut menerima kehadiran Pegawai Perpaduan Melaka Hasrul Nizam Hassan dan pemimpin setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1491
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mendiang Suppiah Ramalingam
Next post Wanita hilang ketika mandi di Pantai Penunjuk ditemukan lemas
Ubah saiz-+=