
Enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif COVID-19
PARIT BUNTAR, 2 Dis – Seramai enam pelajar tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif COVID-19 seperti yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin.
Menurutnya kes berkenaan berlaku pada 29 Nov dan ia dimasukkan di bawah Kluster Jalan Kuala Kangsar, Gerik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata beliau masih menunggu laporan secara terperinci dari Kementerian Pendidikan, KKM dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Kes ini sedang disiasat dan setakat ini segala bentuk tindakan kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Mahasiswa Perak 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau di sini hari ini.
Terdahulu pada program berkenaan Ahmad Saidi berkata seramai 32 orang mahaisiswa menerima bantuan RM150 bagi kegunaan pembelajaran dari Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak).
Ahmad Saidi berkata sebanyak 11,000 daripada 20,000 permohonan bantuan diterima Pasak telah diluluskan, dan setakat ini hanya 2,000 orang sahaja mahasiswa yang dipilih menerima bantuan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 ADUN DAP KINI DI BLOK PEMBANGKANG, PENGERUSI PH MELAKA KEKAL DI BLOK KERAJAAN
SERI NEGERI 15 Julai - Hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, hari ini, menyaksikan...
ENAM ACARA UTAMA MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026 HUJUNG MINGGU INI
AYER KEROH 15 Julai - Festival Sungai Melaka 2026 terus menghangatkan kalendar pelancongan negeri dengan enam acara akan berlangsung di...
MELAKA TAWAR KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN PADA 31 OGOS
SERI NEGERI 15 Julai - Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Melaka dan menikmati...
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
