Gegau Melaka Gegau: 500 peserta berkayuh 30km promosi pelancongan, budaya sukan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

REMBIA 20 Mac – Seramai 500 peserta membabitkan pelbagai negeri menyertai Program Kayuhan Basikan Gegau Melaka Gegau 2.0 diadakan di Japerun Rembia di sini pagi tadi.

Program kayuhan sepanjang 30 kilometer (km) itu telah dilepaskan EXCO Pelancongan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis sekitar jam 7.30 pagi tadi dalam misi kayuhan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

Muhammad Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia berkata, penganjuran kali kedua dianjurkan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Bukit Katil dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membudayakan aktiviti kesukanan dalam kalangan rakyat.

Ujarnya, program yang menerima sambutan hangat itu sekali gus mampu mempromosikan sub sektor pelancongan kesihatan dan pelancongan rekreasi di Melaka bagi menuju ke arah misi Melaka Sihat.

“Alhamdulillah kita bersyukur dengan penglibatan ini yang awalnya menerima sebanyak 1,000 penyertaan tapi dihadkan kepada 500 orang bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Program ini telah menerima sambutan dari pelbagai negeri seperti Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta pelbagai lagi dan ini menunjukkan satu perkembangan baik dalam kemasukan pelancongan domestik ke Melaka.

“Dengan keberhasilan program diadakan hari ini kita merancang akan menganjurkan aktiviti ini sekali lagi yang mungkin diadakan pada penghujung tahun ini dalam misi kita mencapai sasaran kemasukan 5.8 juta pelancong ke Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

PESERTA kayuhan mengaminkan doa sebelum dilepaskan.

Program berlangsung berakhir jam 10.30 pagi tadi turut menawarkan 50 cabutan bertuah buat peserta terlibat membabitkan pelbagai hadiah ditawarkan seperti basikal lipat, hamper, perkakas basikal, baucar penginapan serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1287
Kongsi :
Previous post TNB salur hampir RM7.5 juta bantu B40 miliki, baiki rumah
Next post Bukit Melaka, Malay Lane and Jalan Yahudi: Certainly Not Altering the Past
Ubah saiz-+=