
Hadi Awang dimasukkan ke IJN
KUALA TERENGGANU 6 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa hari lepas selepas mengadu kurang sihat.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi berkata pemimpin tersebut berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor.
“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai supaya berdoa dan solat hajat khusus supaya Abdul Hadi cepat sembuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...

