Hanya spekulasi – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 28 Mac – “Mereka suka buat spekulasi malah semasa di Dubai saya bersama-sama dengannya,” itu tegas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata demikian bagi menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan beliau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berdepan krisis.

Beliau berkata, sepanjang berada di Dubai baru-baru ini sempena Melaka Week, Expo 2020 Dubai beliau bersama Ab Rauf malah bilik mereka juga bersebelahan.

“Tiada apa-apa, bilik dia dan saya sebelah. Kami duduk bersama, makan bersama dan minum bersama-sama.

“Kami juga pergi ke empat lawatan kerja pelaburan bersama-sama jadi tiada apa-apa,” katanya.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh dari DAP, Kerk Chee Yee mendakwa kononnya terdapat usaha menggulingkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahli Jawatankuasa DAP Melaka itu juga didakwa menggesa semua 20 ADUN BN Melaka menyatakan sama ada masih menyokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri atau sebaliknya, susulan dakwaan terdapat usaha menggulingkan ADUN Lendu terbabit.

Chee Yee mendakwa, pertengkaran dalaman UMNO negeri bukan satu rahsia dan jawatan Ketua Menteri dikatakan menjadi rebutan oleh pemimpin UMNO lain di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1414
Kongsi :
Previous post MySejahtera: Kerajaan masih runding berkenaan terma dan syarat penggunaan
Next post Malaysia pada landasan tepat pulih ekonomi, perkuat hubungan negara luar – PM
Ubah saiz-+=