Hari Malaysia: Lebih 200,000 kenderaan dijangka masuk ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BUKIT KATIL 10 September – Lebih 200,000 kenderaan dijangka memasuki Melaka menjelang Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata, jumlah kenderaan itu dijangka bertambah tiga kali ganda berbanding hari biasa disebabkan Sambutan Hari Malaysia yang jatuh serentak dengan cuti panjang persekolahan bermula Jumaat ini.

“Dijangkakan kenderaan akan berganda ‘triple’ daripada biasa sebab kita fikirkan sekarang tempoh waktu cuti sekolah jadi ramai ambil kesempatan cuti panjang.

“Tiga pintu masuk utama ke Negeri Melaka iaitu Plaza Tol Ayer Keroh, Plaza Tol Simpang Ampat dan Plaza Tol Jasin, dijangka akan mengalami kesesakan.

“Jadi bersempena dengan cuti panjang, suka saya ingatkan juga kepada pengguna jalan raya agar berhati-hati, mematuhi undang-undang dan peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melepaskan 190 peserta konvoi bermotosikal jelajah JPJ Melaka di kompleks JPJ negeri, di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus berkata, JPJ akan bekerjsama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, selain menjamin keselamatan serta kelancaran Sambutan Hari Malaysia nanti.

Melaka bakal menjadi tuan rumah sambutan hari malaysia 2022 yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9911
Kongsi :
Previous post 190 penunggang Konvoi RTD 2022 ke Bukit Kepong
Next post LKIM sediakan bekalan ikan segar sejuk beku di kawasan risiko banjir
Ubah saiz-+=