
190 penunggang Konvoi RTD 2022 ke Bukit Kepong
BUKIT KATIL 10 September – 190 penunggang motosikal menyertai konvoi Jelajah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka 2022 atau RTD 2022 ke Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor.
Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata program tahunan itu dilaksanakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-65 dan Hari Malaysia.
Katanya, peserta membabitkan ahli daripada tujuh kelab permotoran sekitar Negeri Melaka seperti, Melaka Two Wheelers, PUSPAKOM, Perodua, Lady Bikers Mike D Thunder, JKM dan GMBC yang menunggang motosikal pelbagai kelas.
“Signifikan konvoi RTD 2022 ini adalah untuk mengambil aspirasi semangat cintakan negara dan menghargai nilai-nilai kemerdekaan.
“Pemilihan lokasi tersebut bagi mengenang jasa dan pengorbanan wira-wira negara dalam mengecapi kemerdekaan dengan salutan hiba serta titisan darah pejuang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan Konvoi motosikal dalam Program RTD 2022 ke Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar di JPJ Bukit Katil, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 14 Mei - Peranannya menyatukan masyarakat berbilang kaum menjadikan Hassim Dollah antara figura penting dalam memperkukuh keharmonian khususnya...
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
HOSPITAL BAHARU MELAKA AGENDA PENTING DEMI RAKYAT
LENDU 14 Mei - Perancangan untuk mendapatkan hospital baharu di Melaka akan terus diperjuangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama...

