Hospital swasta Melaka berada dalam keadaan baik – EXCO

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 14 April – Kerajaan negeri akan mengadakan lawatan ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh demi memastikan pelancongan kesihatan di negeri ini berjalan lancar.

EXCO Pelancongan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata bagaimanapun setakat ini hospital-hospital swasta di Melaka masih berada di tahap yang baik.

“Kita nampak hospital kita tidak sengsara, rumah sakit swasta kita tidak sengsara dan kita punya hospital swasta berada pada tahap yang selesa.

“Cuma boleh diperbaiki dengan lebih baik lagi khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan tenaga buruh yang nak bekerja.

“Bila bertambah bilangan pelancong luar sudah pasti ada kenaikan mendadak dari segi bilangan penyakit dan pesakit dari Singapura, Indonesia dan ada kemungkinan dari Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati Hari Raya Aidilfitiri kepada Wartawan Bergama Islam di Hotel Ibis di sini, malam tadi.

Muhammad Jailani berkata, beliau bagaimanapun akan mengadakan lawatan ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh di negeri ini.

“Dan sudah pastinya lawatan kita ke Indonesia bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh…ini menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

942
Kongsi :
Previous post 40 peratus tempahan hotel di Melaka adalah pelancong Singapura
Next post Aidilfitri: KTMB tambah perkhidmatan ETS, perkenal tren khas
Ubah saiz-+=