HSN2021 Melaka sasar 25,000 penyertaan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 24 Sept. – Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Melaka menyasarkan 25,000 penyertaan membabitkan tiga daerah di negeri ini yang diadakan pada 9 Oktober depan.

Exco Pembangunan NGO Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, sambutan HSN2021 secara fizikal hanya melibatkan penyertaan peserta yang lengkap vaksin COVID-19 dan memperoleh e-sijil vaksinasi.

“Konsep pelaksanaan sambutan adalah secara ‘hybrid’ yang dilakukan secara fizikal dalam talian di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk memastikan konsep ‘no one left behind’ dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita sasarkan seramai 25,000 penyertaan yang akan membabitkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Di Melaka HSN2021 akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Bendahara pada jam 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, pihak penganjur juga digalakkan untuk mengadakan program selama tiga hari iaitu pada Jumaat hingga Ahad (8-10 Oktober) di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

“Antara pengisian program seperti Bual Bicara Virtual KBS, Keluarga Malaysia: Fit and Active Family HSN2021(Senamrobic Virtual), Pertandingan Sukan Elektronik
(E-sports), aktiviti sukan konvensional/tradisional/ rekreasi/ OKU dan Kempen/Pertandingan #towardssportingnation dan #HSN2021.

“Penganjuran HSN2021 diharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya terlibat dalam aktiviti sukan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah Negara ‘Sporting Nation’,” katanya.

Untuk rekod HSN2021 Melaka diadakan di seluruh daerah iaitu Melaka Tengah di Melaka Mall, Ayer Keroh pada 10 Oktober jam 8.30 pagi, Alor Gajah di A’Famosa Golf Resort dan daerah Jasin di Pantai Siring, Umbai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

683
Kongsi :
Previous post Peniaga tak mengaku salah bakar tiga buah kereta
Next post Denda RM100,000 ‘menanti’ kilang degil buang sampah
Ubah saiz-+=