Sorting by

×

I-Trafik MBMB salur maklumat ‘real time’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 1 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkenalkan Sistem I-Trafik yang memberikan maklumat waktu sebenar (real time) keadaan lalu lintas kepada pengguna jalan raya.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan berkata, sistem itu memberikan maklumat 33 persimpangan utama dibawah kendalian MBMB.

Katanya, orang ramai boleh melayari i-trafik.mbmb.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini aliran trafik terutama di pusat bandar.

“Sistem ini meliputi keluasan 4.2 batu persegi atau 10.877 kilometer persegi. Kemudahan ini amat membantu dan boleh dimanfaatkan pengguna jalan raya untuk mencari laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan.

“Sistem I-Trafik MBMB disokong 90 kamera litar tertutup (CCTV) dilengkapi teknologi kepintaran pembuatan (AI) dipasang sekitar bandar ini,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Fiesta I2CT MBMB dan Pelancaran I-Trafik MBMB di Dataran MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu dan Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Abd. Razak Abu.

Zaidi berkata, antara lokasi diberikan perhatian adalah persimpangan Zon Jalan Syed Abdul Aziz – Zon Banda Hilir – Zon Kota Laksamana – Zon Melaka Raya – Zon Jalan Hang Tuah – Zon Jalan Munsyi Abdullah – Zon Semabok – Zon Pengkalan Rama – Zon Lagenda – Zon Panglima Awang dan Zon Tunggal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3146
Kongsi :
Previous post Tun Canselor dan Warga UTeM Jayakan Kayuhan Kemerdekaan
Next post Pekebun didakwa edar lebih 841 kilogram dadah
Ubah saiz-+=