Tun Canselor dan Warga UTeM Jayakan Kayuhan Kemerdekaan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

DURIAN TUNGGAL 1 September – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersama warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjayakan program Kayuhan Kemerdekaan, di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini, 30 Ogos lalu.

Pada program itu Tun Dr Mohd Ali yang juga Canselor UTeM diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil dan Naib Canselor UTeM Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Turut serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM,Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif, kakitangan dan penuntut universiti itu.

Dr Massila berkata, program itu adalah anjuran UTeM bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Tambun Utara.

“Kayuhan melibatkan jarak sejauh tiga kilometer bermula dari Balai Raya Padang Kerbau mengelilingi sekitar Kampung Bukit Tambun dan singgah di lima rumah penduduk terpilih untuk menyampaikan sumbangan.

“Tun Canselor bermurah hati dengan menyerahkan sumbangan berupa bantuan kewangan dan barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula serta beras,” katanya.

WhatsApp Image 2022-09-01 at 5.11.43 PM
TUN Dr Mohd Ali (dua dari kanan) menyerahkan bantuan kepada penduduk terpilih diiringi Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (dua dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM, Prof. Mayda Datuk Dr. Sabri Mohd Sharif (paling kiri).

Beliau berkata, program itu menonjolkan imej dan visibiliti UTeM yang cakna terhadap komuniti setempat selain menyuntik semangat patriotik kepada warga UTeM serta memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Tun Dr Mohd Ali melambaikan tangan kepada penduduk setempat ketika program Kayuhan Kemerdekaan ke kawasan sekitar Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, Melaka.

Tun Dr Mohd Ali (dua dari kanan) menyerahkan bantuan kepada penduduk terpilih diiringi Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (dua dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM, Prof. Mayda Datuk Dr. Sabri Mohd Sharif (paling kiri).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1286
Kongsi :
Previous post Harga siling minyak masak botol baharu bermula 8 September – Annuar
Next post I-Trafik MBMB salur maklumat ‘real time’
Ubah saiz-+=