
Ibu dan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tiga tahun
KLANG, 5 Jan – Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Disember lepas.
M. Sutha, 26, yang merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak itu dan S. Davandakumar, 28, hanya mendiamkan diri ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan bersama, pasangan kekasih itu secara bersama telah menyebabkan kematian K. Nithish di sebuah rumah dI Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini pada 24 Dis lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ain Madihah Zulkifli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Mac depan.
Pada 28 Dis lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju di daerah itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
HADIAH RM100,000 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Hampir 100 hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang menaiki...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG
PAYA RUMPUT 8 Februari - Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari hingga 15 Februari depan bakal membawa...
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
