
Banjir termenung di Durian Tunggal
DURIAN TUNGGAL 5 Jan – Musibah banjir yang berlaku sejak 1 Jan lalu masih memberi kesan kepada beberapa kawasan di negeri ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar Durian Tunggal mendapati terdapat beberapa kawasan masih ditenggelami air akibat banjir termenung yang berlaku.
Antara kawasan yang masih terjejas ialah di Kampung Belimbing Dalam yang sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda surut.
Tinjauan mendapati terdapat beberapa penduduk hanya dapat melihat keadaan rumah mereka dari jauh.
Malah, terdapat juga jalan raya masih ditenggelami air hingga menyaksikan beberapa penunggang motosikal terpaksa berpatah balik.
Menurut data Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), setakat hari ini, terdapat 72 mangsa membabitkan 24 keluarga di Kampung Belimbing Dalam masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...

