PRN MELAKA: PERBINCANGAN BN MELAKA-MCA POSITIF, BERJAYA LERAI KEBUNTUAN

Masa Membaca:56 Saat

TANJUNG BIDARA 27 Oktober – Perbincangan antara Barisan Nasional (BN) Melaka dan MCA yang berlangsung malam tadi disifatkan positif, namun keputusan berhubung perkara yang dibincangkan akan ditentukan kepimpinan tertinggi parti.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perbincangan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong itu berjaya meleraikan kebuntuan yang sebelum ini menjadi perhatian.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil perbincangan itu belum boleh didedahkan kepada umum sehingga keputusan rasmi dibuat oleh kepimpinan tertinggi.

“Bagi saya, positiflah perbincangan itu, insya-Allah. Kita tunggu keputusan nanti. Apa yang dibincangkan tak bolehlah saya beritahu dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional P134 Parlimen Masjid Tanah yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Terbuka Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan terdapat mesyuarat susulan bagi membincangkan perkara berkenaan, Ab Rauf menjelaskan perbincangan di peringkatnya sudah selesai dan keputusan seterusnya terletak di tangan kepimpinan tertinggi.

“Saya tak ada mesyuarat, saya dah selesai. Cuma di peringkat tertinggi akan buat keputusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

248
Kongsi :
Previous post TIGA ASPEK UTAMA PERKASA JELITA – TPM
Next post KUALA LINGGI PEMANGKIN EKONOMI BIRU, POLITEKNIK RM400 JUTA BAKAL DIBINA