NAIK TARAF BULATAN LUBOK CHINA DALAM PROSES LANTIK KONTRAKTOR

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER LIMAU 27 Oktober – Projek naik taraf bulatan Lubok China bagi mengurangkan risiko banjir di laluan berkenaan bakal dimulakan tidak lama lagi dan kini sedang dalam proses pemilihan kontraktor.

Berkongsi perkembangan terkini status perancangan naik taraf berkenaan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, tender bagi projek berkenaan sudah ditutup.

Katanya, mengikut perancangan projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada hujung 2027, sekali gus melancarkan lagi perjalanan pengguna di laluan berkenaan yang juga antara pintu masuk utama ke Melaka dari Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah projek naik taraf ini sudah lama diumumkan dan sekarang tiba masanya pembinaannya dimulakan. Semua ini adalah antara ikhtiar Kerajaan Negeri untuk mengurangkan risiko banjir di lokasi berkenaan.

“Sebelum ini setiap kali musim banjir laluan berkenaan kerap dinaiki air hingga menjejaskan aktiviti penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Ayer,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Perancangan naik taraf bulatan berkenaan termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) menerusi ‘Rolling Plan’ 1 dan dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM3.2 juta.

Apabila siap kelak projek itu bakal mengurangkan risiko banjir yang sebelum ini kerap menenggelamkan laluan berkenaan hingga membantutkan perjalanan ribuan pengguna sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

424
Kongsi :
Previous post KEMAS PENGHUBUNG ANTARA KEPERLUAN RAKYAT DAN DASAR KERAJAAN
Next post KEMAS PERLU BERUBAH, JANGAN SEKADAR LAKSANA PROGRAM – TPM