Ibu tunggal menumpang di stor dapat syurga baharu

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN BATU 22 Mac – Ramadan kali ini lebih bermakna buat Sharipah Kadin, 62, selepas dia menerima kediaman baharu hasil keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin.

Sharipah mula berteduh di stor berhampiran kediamannya itu sejak 15 Oktober 2021 berikutan berdepan masalah membabitkan tanah peninggalan arwah suaminya.

Sementara itu Kalsom ketika ditemui berkata, hasil kerjasama semua pihak, sebuah syurga kecil bernilai RM20,000 berkeluasan 20×15 kaki persegi telah siap dibina di atas tanah milik arwah suami Sharipah.

Kalsom yang juga juga Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, berkata kediaman itu disiapkan dalam tempoh dua bulan hasil kerjasama erat penduduk yang peka dengan permasalahan yang berlaku.

photo1679439517
SYURGA baharu Sharipah di Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Baru. Foto: MR. AZLI

“Alhamdulillah hari ini (semalam) amat indah bagi saya dan Sharipah. Biarpun rumah yang dibina ini kecil ia merupakan sebuah syurga yang amat bermakna buat ibu tunggal ini yang meniti usia senja dengan kehidupan sebatang kara.

“Saya bersyukur kerana dapat membantunya hasil kerjasama semua pihak, malah selepas ini kita akan memastikan kerjasama dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu Sharipah menghias rumah dan kelengkapan lain,”katanya.

Terdahulu Kalsom menyerahkan kediaman itu kepada Sharipah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Rumah di Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Baru, di sini, semalam yang disaksikan penduduk setempat.

Pada program sama turut berlangsung penyerahan bantuan keperluan rumah sumbangan Japerun Pengkalan Batu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1750
Kongsi :
Previous post Anjakan paradigma persatuan sukan Melaka
Next post 25 mahasiswa UTeM ditauliah Leftenan Muda APM
Ubah saiz-+=