‘IDEAL’ MBMB PERCEPAT KEBENARAN MERANCANG

Masa Membaca:1 Minit, 56 Saat

AYER KEROH 28 November – Investor Development Easy Approval And License (IDEAL) yang merupakan inisiatif baharu Kelulusan Pelan Pemajuan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempercepatkan tempoh kelulusan pemohonan kebenaran merancang.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, jika sebelum ini proses kelulusan mengambil masa sehingga 57 hari, namun menerusi inisiatif terbaharu itu tempoh kelulusan akan dipendekkan kepada 25 hari.

Jelasnya, ia sekali gus dapat memudahkan pelabur mahupun syarikat yang ingin menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran MBMB.

Tambah Shadan, kewujudan IDEAL menerusi Unit Pusat Setempat (OSC) adalah sebagai penambahbaikan kepada prosedur sedia ada di peringkat MBMB.

“Menerusi IDEAL ini, ia akan menjadikan proses pemohonan kebenaran merancang oleh syarikat pelabur atau industri yang ingin melabur di Melaka khususnya dalam tempoh yang singkat.

“Jika proses sebelum ini 57 hari tetapi sekarang tinggal 25 hari sahaja dari mula mereka menghantar dokumen permohonan hingga menerima kelulusan kebenaran merancang.

“Pelabur apabila mereka datang ke sesebuah negara atau negeri untuk melabur sudah pasti ingin melabur dengan cepat kerana jika sesuatu kelulusan itu lewat, ia akan memberi kesan kepada perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bil.9/2024, di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan turut bersama, Setiausaha MBMB Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh.

Whatsapp Image 2024 11 28 At 17.29.32
INFOGRAFIK IDEAL MBMB

Menurut Shadan, MBMB antara 10 PBT perintis di Malaysia yang dipilih oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan inisiatif tersebut.

“Bermula 1 Januari 2024, MBMB telah dipilih antara 10 PBT perintis dalam penambahbaikan OSC 3.0 plus oleh pihak KPKT.

“MBMB juga menyambut baik saranan Kerajaan Negeri sebagai negeri mesra pelabur dan perlu sentiasa proaktif dalam mewujudkan mekanisme berkesan dalam mempercepatkan proses kelulusan serta pelaksanaan pemajuan,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan terdapat empat inisiatif baharu di bawah proses IDEAL MBMB iaitu:

1. INDUSTRIAL GREEN LANE (IGL) dengan kelulusan 25 hari bagi pembangunan industri sesebuah di dalam kawasan perindustrian.

2. PREREQUISITE kelulusan pemajuan dalam tempoh 22 hari (maksimum 6 bulan pre-consult secara dalam talian OSC online).

3. SELF REGULATION kelulusan lengkap bagi kediaman sesebuah dalam tempoh 15 Hari.

4. KEBENARAN MERANCANG 24 JAM (Perakuan pelan Kebenaran Merancang (KM) lanjutan).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

43
Kongsi :
Previous post IDENTITI TIGA MANGSA RENTUNG DIKENAL PASTI
Next post MEKAR: JPN MELAKA TERIMA 2,525 PERMOHONAN
Ubah saiz-+=