Individu 18 tahun digalak tubuh koperasi
TELOK MAS 20 April – Individu berusia 18 tahun digalakkan menubuhkan koperasi atau menyertai mana-mana koperasi bagi mengurangkan kos sara hidup dihadapi golongan itu.
Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Amran Abdul Kadir berkata sasaran SKM adalah untuk mewujudkan 600 lagi koperasi baharu tahun ini yang kini sudah kencecah lebih 15 ribu koperasi dengan kira-kira 7.2 juta ahli.
Oleh yang demikian, katanya pihaknya menggiatkan promosi untuk menggalakkan golongan itu membukan perniagaan masing-masing menerusi penubuhan koperasi.
“Sebagai contoh, koperasi belia diwujudkan yang terdiri daripada anggota berusia 18 tahun yang mana mereka boleh menyewa tanah dengan gelanggang futsal dan hasilnya boleh bantu golongan itu meningkatkan ekonomi.
“Sekarang inu banyak sekolah tahfiz diuruskan koperasi, yuran pusingan untuk membiayai gaji guru boleh dijadikan modal pusingan malah mereka juga boleh meminta bantuan pembiayaan yang disalurkan bernilai RM5 juta tahun ini.
“Atau mereka boleh memohon peruntukan yang disalurkan bernilai RM3 juta di bawah pembesaran sektor peruncitan dan pemborong,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Konsolidasi Pembangunan, Majlis Iftar Gerakan Koperasi Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah SKM Negeri Melaka, Mohd Firdaus Shaari.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, koperasi sedia ada juga digalakkan untuk menubuhkan kumpulan wang tertentu bagi membantu kebajikan setiap anggotanya.
“Kumpulan wang tertentu ini kita galakkan yang mana setiap keuntunagsn selepas mereka bayar dividen, bayar cukai mereka boleh menggunakan kumpulan wang ini bagi mengagihkan kepada anggota seperti kecemerlangan pendidikan anggota dan anak anggota.
“Ada satu koperasi di Pulau Pinang wujudkan tabung rumah percuma kepada anggotanya, contohnya mereka menjalankan projek perumahan katalah dengan membina 20 uhut, lima unit lagi diberikan kepada ahli dan kini ahli-ahlinya sudah memiliki sekurang-kurangnya dua buah rumah.
“Ia secara tidak langsung mengurangkan kos sara hidup anggota mereka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.