INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER LIMAU 11 September – Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna dalam membantu meringankan beban perbelanjaan harian golongan berkenaan.

Penerima bantuan, Hambali Ramli, 65, berkata, pemberian sumbangan itu sedikit sebanyak dapat digunakan bagi menampung keperluan perbelanjaan khususnya untuk mereka yang berkeluarga.

“Pemberian wang tunai oleh Kerajaan Negeri amat bermakna kerana dapat membantu perbelanjaan saya. Meskipun hanya tinggal seorang diri tetapi apabila adanya sumbangan sebegini ia amat melegakan kerana sedikit sebanyak ada tambahan wang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Warga emas itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Belanja Rakyat sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Kampung Ayer Limau, pada Selasa.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Menurutnya, pemberian itu juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan sokongan.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat dan selari dengan gagasan Melaka Sejahtera Rakyat (MeSRA) yang mengutamakan kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

“Bantuan ini bukan sahaja dapat membantu dari segi kewangan tetapi memberi rasa dihargai apabila kebajikan rakyat terus diberi perhatian, terima kasih Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

792
Kongsi :
Previous post 36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
Next post PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR