INTI PATI BELANJAWAN 2025
Masa Membaca:5 Minit, 10 Saat
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Berikut adalah inti pati Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.
Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
- Kerajaan umum Belanjawan 2025 terbesar RM421 bilion meliputi RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM86 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka
- Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, tidak bebankan rakyat
- Cukai Jualan tidak akan dikenakan bagi barangan makanan asas digunakan rakyat, hanya babitkan barangan bukan keperluan asas seperti produk premium diimport
- Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi
- Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan
- Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei, 2025
- Kerajaan cadang perluas asas cukai secara progresif, perkenal cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen lebih RM100,000 yang diterima pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025
- Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), amanah saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara
- Kerajaan akan terus tanggung subsidi dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat
- Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025
- Pelaburan awam untuk pembangunan bagi 2025 berjumlah RM120 billion
- Kerajaan setuju perkenal Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi berbanding insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu
- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025
- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP menerusi Dana Pemacu RM6 bilion akan perkukuh pasaran persendirian tempatan meliputi ekuiti persendirian, prasarana dan hartanah
- Khazanah Nasional sedia RM1 bilion terajui pelaburan sokong industri semikonduktor tempatan
- National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan depan dengan dana RM1 billion
- KWAP menerusi Dana Perintis sedia RM1 bilion untuk menyokong aktiviti syarikat pemula niaga tempatan
- Ke arah pelaksanaan e-Invois pada 1 Julai, 2025, kerajaan bercadang agar perbelanjaan bagi pembelian peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pakej perisian komputer dan fi perundingan diberi elaun modal dipercepat dan dituntut dalam tempoh dua tahun
- RM40 bilion disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan
- RM800 juta pembiayaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tersedia untuk lebih ramai usahawan bumiputera termasuk menyokong artisan tempatan
- Kerajaan setuju peruntuk RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4, khususnya Bumiputera
- Kerajaan akan umum rangkaian kedua 5G sebagai usaha tingkatkan daya saing dalam bidang ICT
- Kerajaan akan terus galak penggunaan 5G terutamanya dalam memacu kes-kes penggunaan 5G oleh industri menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
- Kerajaan menyeru agar sasaran purata wanita pegang jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dicapai sebelum akhir 2027
- Belanjawan MADANI Ketiga 2025 tercerna daripada usaha gigih perencana setelah ambil kira tantangan, ketidaktentuan global yang semakin mengganas
- KDNK 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus berbanding antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus sebelumnya
- Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025
- Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini
- Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion
- Jumlah hutang baharu akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 billion
- Projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada November 2024, nilai keseluruhan perbelanjaan di Sabah dan Sarawak sebanyak RM25.1 billion
- Tumpuan utama tingkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion, jana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030
- Kerajaan akan bentang Rang Undang-Undang (RUU) Kredit Pengguna pada mesyuarat akan datang
- Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (MATRADE) akan digabungkan
- Kerajaan akan tubuh Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi kawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit termasuk ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’
- Kerajaan cadang laksana mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun depan bagi kurangkan kebergantungan pekerja asing
- Hasil kutipan levi akan disalurkan semula kepada industri bagi mengusahakan proses perniagaan ke arah automasi, mekanisasi
- Kerajaan peruntuk RM50 juta sebagai geran padanan digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Gerai Digital Penjaja di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing
- Kerajaan beri kelulusan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai bagi menyokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat
- Syarikat logistik yang menjalankan aktiviti kompleks logistik pintar diberi elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun
- Khazanah Nasional akan lancar Program Syarikat Peringkat Pertengahan dengan dana RM1 bilion bagi sokong bangunkan keupayaan syarikat tempatan
- Pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diteruskan dengan jumlah pembiayaan RM1 billion sehingga 2026
- UEM Lestra, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan labur RM16 bilion untuk keupayaan transmisi, pengedaran serta menyahkarbon kawasan perindustrian
- Galakan guna motosikal elektrik CKD (pemasangan tempatan) sehingga RM2,400 diteruskan dengan peruntukan RM10 juta
- Perodua rancang keluarkan kenderaan elektrik pada harga bawah RM100,000 untuk penuhi permintaan
- Peruntukan bagi Felda, Felcra dan Risda ditingkatkan kepada RM2.6 bilion dalam Belanjawan 2025
- Kerajaan cadang naikkan nilai ambang pengenaan levi keuntungan luar biasa ke atas sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150 dan RM3,650 untuk Sabah, Sarawak
- Insentif galakan berjumlah RM100 juta disedia kepada pekebun kecil bagi penanaman semula sawit
- Peruntukan RM65 juta disediakan bagi tingkat kelestarian sawit, pertahan industri bagi menangkis salah tanggapan Eropah
- Program galakan pengeluaran lateks oleh pekebun kecil di bawah Risda akan dilaksanakan secara geran padanan bernilai RM60 juta
- Dana padanan RM100 juta disediakan bagi galakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam
- Geran padanan RM20 juta di bawah program iTEKAD dengan RM5 juta khusus bagi caruman insurans untuk usahawan mikro
- Syarikat Jaminan Perniagaan Bhd sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan RM1 bilion
- Skim Jaminan Kredit Perumahan telah meluluskan RM12.8 bilion jaminan kerajaan kepada 57,000 pembeli rumah pertama
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
191