
KILANG PERABOT MUSNAH TERBAKAR DI BUKIT RAMBAI
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fazzil Yusof berkata pihaknya mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di kilang berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.44 malam tadi.
“Sebaik sampai di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian, didapati gudang perabot jenis kekal berkeluasan 200×300 kaki persegi telah terbakar 80 peratus.
“Ketika kejadian, tiada mangsa dilaporkan berada dalam kilang berkenaan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu melibatkan empat jentera membabitkan 22Â anggota dari Balai Bomba Tangga Batu, Melaka Tengah, dan Cheng.
Api berjaya dikawal daripada merebak ke premis berhampiran pada 1.12 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 6.08 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
KISAH IBU MITHALI, TOKOH DAKWAH JADI TUMPUAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH MELAKA
TELOK MAS 17 Jun – Pengorbanan, ketabahan dan sumbangan dua tokoh berbeza latar belakang menjadi tumpuan apabila mereka dinobatkan sebagai...
